Forum Guru

Ahlan Ramadhan al-Mubarak

 
Picture of Ustaz MOHD SAYYIDI BIN ZAKARIA
Ahlan Ramadhan al-Mubarak
by Ustaz MOHD SAYYIDI BIN ZAKARIA - Sunday, 12 June 2016, 11:07 PM
 

Ramadhan Salafussoleh :

1. Istighfar dan Taubat terlebih dahulu agar menjadi penghubung antara hamba dan khaliq .Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan Allah suka kepadanya. Apabila suka barulah dapat rahmatNya di bulan mulia

2.Banyak membaca al-Quran kerana ini bulan diturunkannya dan gandaan pahala yang banyak.Nabi SAW sentiasa bertadarus dengan Jibril AS di bulan Ramadhan

3.Banyak bersedekah kerana bersedekah adalah antara amalan yang paling banyak gandaan pahalanya sehingga 700 kali ganda dan apatah lagi di bulan Ramadhan ini. Rasulullah SAW sendiri dikhabarkan pemurahnya di bulan Ramadhan seperti "angin yang berhembus"

4.Berkata baik dan berbuat apa kebaikan juga menempati sedekah kerana bukan semua orang mampu bersedekah dengan harta namun masih ada ruang untuk pahala itu dengan berkata baik dan berbuat kebaikan

5.Banyak berdoa kerana doa itu senjata kita dan tanda kebergantungan kita kepada Allah

Dipetik daripada buku : " SYAHRU RAMADHAN :AL-SYEIKH ABD HALIM MAHMUD, MANTAN SYEIKH AL-AZHAR"