Lawatan Kerja dan Penanda Aras Pengetua-pengetua dan wakil SABK Seluruh Negeri Sembilan
Satu delegasi terdiri dari Pengetua-pengetua dan wakil SABK seluruh Negeri Sembilan telah tiba untuk misi lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKA Naim Lilbanat KB. Kami warga Naim amat berbangga menerima kujungan tuan-puan.
Antara komen dari delegasi pelawat adalah:
GPK1 Siti Hajar Bt Mohd Ani
SM Ren Agama Repah, NS
" Mempunyai infrastruktur yang lengkap, cantik dan menari yang mana dapat menyumbangkan daya tarikan untuk pelawat dan pelajar. Pengetua yang ramah tamah, berwawasan dan sentiasa bersikap positif. Sistem failing bahagian kokurikulum sangat tersusun dan sistematik. Pencapaian akademikamat membanggakan kami semua. Nasihat daripada guru serta aktiviti program yang dijalankan sangat berkesan sehingga dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, akademik dan sahsiah pelajar."

Ustaz Solahuddin Abd Rahman ( Tiga dari kiri )
YDP Majlis pengetua SABK NS
" Tahniah atas kejayaan Naim sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, semoga terus cemerlang"

Ustaz Zuhaidi
" Secara umumnya fizikal dan pengisian sekolah sangat baik, kondusif dan ceria untuk PdP. Tahniah kepada sekolah dan pengurusan yang mengatur kehadiran wakil-wakil dari luar. Pelajar sangat ceria dan 'smart'."

Mohd Sofie Razali (Kiri)
Wakil pengetua SMA Dato' Hj Mustafa,
Batu Kikir NS
" Sekalung ucapan tahniah diatas kecemerlangan SMKA Naim Lilbanat di atas kejayaan didalam pepereksaan PMR, SPM 2011. Teruskan usaha. Tahniah!"

Antara peserta delegasi pelawat bergambar rami di Bilik Tamu pejabat

Delegasi meneliti sistem fail di Bilik mesyuarat Nik Yahya
Last Updated (Sunday, 01 April 2012 17:19)



