Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar 2012
Pada hari ini Selasa 15 Februari 2012 betempat di Dewan Aspurina jam 9.00 pagi telah berlangsung majlis penyerahan watikah pemimpin pelajar yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd Aziz Bin Abdullah merangkap Ketua Sektor Pendidikan Sekolah Menengah. Â Majlis dimulai dengan pemereksaan kawad kaki yg dipersembahakan oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah. Kemudian ia diberkati dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah. Ucapan aluan disampaikan oleh Puan Pengetua yang banyak menekankan peranan pelajar sebagai pemimpin dan penyalahgunaan bahan dari internet yang banyak berleluasa kearah penampilan negatif. Akhir sekali Tuan ketua Sektor telah menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan penyampaian watikah.



