User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Majlis Pelancaran Kelab Setem dan Filateli
SMKA Naim Lilbanat dan Penganugerahan Juara Bulanan KESEF 2017 telah dirasmikan oleh Tn Hj Sepian bin Nor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jab.Pend. Negeri Kelantan. 
Matlamat utama Kesef ialah untuk memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif, kreatif dan menghargai sejarah.
Melalui aktiviti Kesef , pelajar dididik menghargai negara, menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.
 
Sebanyak 110 sekolah lagi di negeri ini disasarkan menubuhkan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) masing-masing pada tahun ini. Sejak kelab itu diperkenalkan pada 2011, sebanyak 120 sekolah rendah dan menengah di negeri ini menyertainya dengan keahlian kini seramai 6,663 orang.
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Tn Hj Sepian Nor, berkata sasaran itu dijangka dapat dicapai memandangkan minat dan penyertaan paling tinggi adalah dari Kelantan.
"Di Kelantan ada 592 sekolah membabitkan rendah dan menengah dan kami melihat KESEF satu kelab yang memberi manfaat besar kepada ahlinya. "Kami di JPN sangat menggalakkan penubuhan kelab sebegini bagi memberi ruang kepada pelajar berinteraksi dan bergerak aktif dalam persatuan," katanya selepas melancarkan KESEF di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini, sebentar tadi.
Tn Hj Sepian Nor berkata 4,800 pelajar dijangka membabitkan diri dari 110 sekolah yang disasarkan itu nanti kerana setiap sekolah hanya dihadkan kepada 40 ahli sahaja. Menerusi KESEF juga, katanya ramai ahlinya dalam menjalankan urusan jual beli setem secara atas talian, membabitkan pembeli dari penjual dalam dan luar negara.
Pada program yang turut dihadiri Ketua Projek KESEF Kebangsaan, Hadzarah Mat Sood itu, JPN turut mengadakan majlis penyampaian anugerah juara bulanan KESEF 2017.