User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
 
Ahad - 15 Jan : Majlis Pelancaran Rumah Mahabbah SMKA NAIM LILBANAT telah dirasmikan oleh YBrs Drs Ahmad Yani Muhammad; KPP Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Neg.Kelantan.
Majlis yang meriah itu di langsungkan di Dewan Hj. Yaacub SMKA Naim Lilbanat. Sistem Rumah Mahabbah merupakan pendekatan yang diperkenalkan di sekolah ini sebagai langkah menghasilkan modal insan serba boleh bagi menyahut cabaran era globalisasi.
Antara matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan peluang kepada murid yang berpotensi bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang sistematik, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. Disamping itu ia akan mewujudkan warga SMKA yang penyayang.